Running Man kena kecam! Buat game makin mengarut sampai bahayakan ahli & artis jemputan

RANCANGAN terkenal Korea Selatan, Running Man, menerima kritikan peminat dari seluruh dunia apabila menghasilkan permainan baharu yang dianggap terlalu merbahaya

Dalam episod terbaharu siri rancangan aneka ragam di saluran SBS Ahad lalu, ahli-ahli Running Man serta artis undangan dikehendaki bermain permainan gelang getah untuk memenangi semangkuk ramen.

Permainan tersebut memerlukan mereka meletakkan sebanyak mungkin gelang getah di muka.

Ahli-iahli Running Man.

Permainan dimulakan oleh Yang Se Chan yang secara berterusan meletakkan gelang getah di sekitar mulutnya.

Namun Se chan terus menjelaskan permainan tersebut sememangnya lebih menyakitkan daripada apa yang dibayangkan.

Permainan kemudiannya diteruskan oleh Ji Hyo dan Jeon So Min yang masing-masing kelihatan terseksa menahan sakit.

Ji Hyo turut dilihat menahan sakit.

Selepas episod tersebut selesai ditayangkan, penonton serta merta mempersoalkan kredibiliti penulis skrip dan individu belakang tabiur program tersebut yang didakwa langsung tidak mengambil berat terhadap keselamatan peserta Running Man.

Malah penonton juga meminta agar episod sambungan rancangan tersebut yang akan ditayangkan hujung minggu ini tidak ditayangkan kerana risau ia akan membawa kesan buruk kepada para peminat.

Sedutan episod yang akan ditayang hujung minggu ini

Sumber: Korea Boo