Anggun Pertahan Agnez Mo

Ketika ini nama penyanyi Indonesia Agnez Mo memang sedang hangat diperkatakan. Ternyata kenyataan yang dibuat dirinya mengenai asal usul dirinya cukup menyakitkan hati rakyat Indonesia sendiri. Agnez ketika ditemuramah Kevan Kenney ketika berada di New York baru-baru ini menjelaskan dia tidak mempunyai darah Indonesia dalam badannya.

Aku tidak mempunyai darah Indonesia, aku mempunyai darah German, Jepun dan China,” katanya ketika ditemuramah.

Malah apa yang lebih memedihkan hati rakyat Indonesia kini yang sebelum ini cukup bangga dengan kejayaan Agnez di luar negara adalah bagaimana dia menjelaskan dia hanya dilahirkan sahaja di negara itu.

Tidak sekadar mewujudkan kemarahan dikalangan peminatnya, ternyata kenyataan ini juga turut mendapat perhatian ramai rakan selebriti lain. Walaupun ada rakan artis yang turut mencemuh namun Agnez atau nama sebenarnya Agnes Monica Muljoto juga tidak ketinggalan mempunyai rakan yang masih yakin ada salah faham yang berlaku.

Malah antara nama yang turut melihat apa yang berlaku ini tidak seharusnya terus diperbesarkan adalah penyanyi Anggun yang kini membina nama di Perancis.Katanya dia jugaturut mengalami kejadian yang sama memandangkan sudah mempunyai kerakyatan Perancis.

Saya diberitahu, jangan mengaku orang Indonesia, awak itu orang Perancis.”

Agnez pula dikatakan malu dengan negara sampai cakap tidak mempunyai darah Indonesia sama sekali,” tulisnya di laman sosial.

Tambah Anggun sebagai penyanyi yang juga mempunyai perjalanan yang sama seperti Agnez dia juga keliru dengan kemahuan mereka di luar sana.

Jadi apa yang penting sebenarnya, darah Indonesian atau mempunyai kerakyatan Indonesia,” katanya yang kembali mempersoalkan masyarakat.

Kembali memberi nasihat, kata Anggun kepada mereka di luar sana yang terus menjadikan kejadian ini sebagai satu sebab untuk terus membenci dia dan Agnez adalah untuk belajar tidak menghakimi orang lain.