Kecoh video anak dakwa Adam Shahz bawa tidur sebilik dengan teman wanita – “Saya bukan la baik sangat, tapi tak sampai nak buat tak senonoh depan anak”

VIDEO perkongsian perbualan pelakon Fatin Afeefa bersama anak perempuannya iaitu Ivy Herra Sophia yang dimuat naik di Instastory Ahad lalu menarik perhatian ramai

Menerusi video pendek tersebut, Ivy, lima tahun, mendakwa dia dan bapanya iaitu Adam Shahz bersama teman wanita berkongsi bilik tidur ketika mereka sedang bercuti.

Namun, Adam atau nama sebenarnya Nor Shah Azli Abdol Ghani memilih untuk mengunci mulut kerana ingin membawa perkara itu ke mahkamah.

Fatin mohon maaf atas perkongsiannya di Instagram.

“Saya tak nak beri kenyataan sebab nak bawa perkara itu ke mahkamah. Apa yang dikatakan pihak sana (Fatin) itu fitnah! Saya sedar, diri bukan la baik sangat tapi tidaklah sampai saya nak buat perkara tak senonoh depan anak.

“Apa-apa pun, tak ada apa yang saya boleh komen lebih lanjut dan kita biarkan mahkamah yang menentukan nanti,” kata Adam kepada mstar.

Hasil pemeriksaan di Instagram, Fatin bagaimanapun telah bertindak memadam video tersebut termasuk paparan skrin mesej antara dia dengan bekas suaminya itu selepas beberapa jam dimuat naik.

Selain video dan mesej, Fatin atau nama sebenarnya Fatin Nur Afifah Shamsudin turut memuat naik beberapa status beremosi termasuk kenyataan mendakwa Adam tidak memberi nafkah anak sejak empat tahun lalu.

Dalam pada itu, Fatin, 27, memohon maaf atas perkongsiannya itu dan mengakui dia sepatutnya menyimpan isu peribadi tanpa perlu berkongsi kepada umum.

Adam rancang berkahwin dengan teman wanita tahun ini.

“Saya minta maaf untuk apa yang saya muat naik itu. Saya sepatutnya simpan semuanya sendiri seperti mana yang saya selalu buat untuk empat tahun lalu daripada berkongsi aib seseorang.

“Tapi saya terlalu lama simpan semuanya seorang diri, saya tidak mampu lagi untuk bertahan terutama apabila melibatkan anak perempuan saya. Saya dah padam perkongsian tersebut tapi tidak bermaksud saya okey dengan perkara itu.

“Saya tidak okey dengan apa yang terjadi… saya tidak akan okey. Semoga Allah lindungi kita semua dan keluarga kita,” tulis Fatin.

Adam yang juga pelakon drama popular Juvana sebelum ini mengakui sudah mempunyai teman wanita dan bakal berkahwin pada tahun ini.

Dia dan Fatin mendirikan rumah tangga pada tahun 2013 sebelum bercerai pada tahun 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Ivy Herra Sophia.

Sumber: mstar