Jenazah anak Azmi Saat selamat dikebumikan

JENAZAH anak penyanyi Azmi Saat yang juga vokalis kumpulan Caliph Buskers telah selamat dikebumikan di tanah Perkuburan Islam AU2, Keramat, Kuala Lumpur kira-kira pukul 6.15 petang tadi.

Jenazah bayi yang diberi nama Khairul Afnan terlebih dahulu telah diuruskan oleh pihak hospital untuk dikafan dan disembahyangkan.

Terdahulu, belum pun seminggu menyambut kelahiran cahaya mata sulung selepas penantian selama 10 tahun,

Azmi dan isterinya Nazira diuji apabila anak mereka dilaporkan berada dalam keadaan tidak sihat selepas dilahirkan.

Dia dan isteri dilaporkan telah menanti selama 10 tahun akan kehadiran cahaya mata sulung mereka ini.

Azmi berkongsi keadaan anaknya selepas doktor mengesyaki bayi itu mempunyai masalah pada bahagian otak.

Melalui perkongsian Azmi, Allahyarham anaknya terpaksa dipakaikan alat bantuan pernafasan sejak hari pertama dilahirkan selepas doktor mengesyaki otak bayi itu tidak berfungsi kerana dia tidak bergerak.

Allahyarham Khairul Afnan dilahirkan pada 27 September lalu.