Jambus terkandas – MLM2019

PERSEMBAHAN kumpulan Jambus pada minggu kelima MAHARAJA Lawak Mega 2019 (MLM2019) malam tadi ternyata tidak berjaya mencuri perhatian penonton.
 
Malah sketsa melalui tema kerjaya yang dibawa mereka juga dilihat gagal menyakinkan pihak juri menyebabkan Jambus  yang dianggotai oleh Tauke dan Tapai Kiut menjadi peserta yang tersingkir pada minggu ini.
 
Sementara itu tiga lagi kumpulan yang turut berada di kedudukan tercorot adalah Rojak, Puteh dan Rahmet.
 
Sementara itu dengan penyingkiran ini sembilan lagi peserta akan mara ke minggu keenam termasuklah kumpulan J-Born, Bocey, Zero, Smart, Rare dan Stone.