Hafiz Hamidun kini bergelar bapa

Berkongsi gambar bersama seorang bayi yang dinamakan Hamdee Hafiz, penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun kini bergelar seorang bapa.

Walaupun tidak mendedahkan wajah anak angkatnya itu, Hafiz ketika dihubungi The News Malaysia memberitahu buat masa ini dia tidak dapat mendedahkan apa-apa mengenai anaknya itu memandangkan masih dalam urusan di Jabatan Pendaftaran Negara.

 

“Maaflah esok saya akan kongsi, buat masa ini apa yang boleh saya kongsi hanya apa yang ditulis di laman Instagram saya,”katanya.

Sementara itu, gambar yang dimuatnaik Hafiz kini menerima lima ribu like dan ucapan tahniah atas fasa baharu hidupnya ini.

Dalam kapsyen yang tulis Hafiz turut berharap agar anaknya itu dapat dibesarkan dengan penuh kasih sayang.

“Assalamuailaikum, moga amanah dari Allah ini dapat saya dan keluarga jaga dengan penuh kasih sayang dan membesar menjadi insan yang soleh dan berakhlak sempurna,” tulisnya.