IFLIX PERKENAL SALURAN BAHARU ‘LEKLU’ KEPADA SEMUA PELANGGAN SECARA PERCUMA!

iflix, servis hiburan nombor satu Asia Tenggara, hari ini mengumumkan saluran baharu yang di kenali sebagai saluran Leklu yang akan menawarkan pelbagai koleksi filem terbitan Metrowealth International Group (MIG) buat semua pelanggan secara PERCUMA.

Saluran Leklu merupakan sebuah platform yang sesuai buat seluruh isi keluarga di mana seleksi kandungan yang ditawarkan meliputi kandungan filem-filem terbitan Metrowealth International Group (MIG) merangkumi genre komedi, aksi, romantik dan seram.

Peminat – peminat filem bergenre aksi komedi pula, boleh menikmati filem Adnan Sempit, Adnan Sempit 3, Bro Nampak Motor Gua juga filem komedi Ustaz dan banyak lagi di saluran Leklu. Tidak ketinggalan, peminat filem bergenre seram juga boleh menonton lakonan pelakon kegemaran mereka dalam filem Jangan Pandang Belakang, Jangan Pandang Belakang Congkak,  yang pernah menjadi salah satu filem box-office di Malaysia.

Selain itu, saluran Leklu di iflix turut menawarkan filem bergenre romantik komedi seperti Isteri Untuk Dijual, lakonan Nora Danish dan Kamal Adli serta macam-macam lagi filem yang menarik dan boleh ditonton secara percuma.

Pelanggan iflix juga boleh menyemak lebih banyak program menarik yang ada di iflix seperti Tonton Dari TV3, K-flix dan iflix Originals sepanjang tahun secara PERCUMA! Aplikasi iflix boleh dimuat turun secara percuma menerusi Google Play Store dan Apple Store.

 

Maklumat mengenai iflix;

iflix adalah sebuah servis hiburan terkemuka Asia Tenggara dengan pilihan siri TV, filem, produksi Originals tempatan dan siaran berita terkini dari dalam dan luar negara. Anda juga boleh muat turun rancangan kegemaran anda dan tonton secara offline

Saksikan siri filem dan siri TV terbaru seperti: Ombak Rindu The Series secara eksklusif di platform iflix tanpa perlu login dan signup sekarang secara PERCUMA!

Ketahui lebih lanjut mengenai iflix dan seleksi programnya, di https://blog.iflix.com dan bagi peluang pengiklanan layari advertising@iflix.com

 

LAMPIRAN

ANTARA KOMPILASI FILEM TERBITAN MIG DI SALURAN LEKLU TONTON SECARA PERCUMA HANYA DI IFLIX!

Action Adventure: Aksi Hebat

1 Lawan Satu

V3 Samseng Jalanan

Bencinta

Black Maria

Longkai

Mendam Berahi

Remp It

X

Sniper Metrowealth

Komedi – Wakaka…Kelakar!

Isteri Untuk Dijual

Jutawan Fakir

Kem Cuci Tangan Kecut

Mak Kau Hijau (2016)

Misi Rayyan And Danish Jangan Ambil Rumah Kami

Ustaz Mu Tunggu Aku Datang

Main Main Cinta

Mami Jarum

Mami Jarum Junior

Biar Betul

Gila Bola

Lady Boss Senario The Movie Episode 1

Horror: Seram Sangat

7 Perhentian

Anak

Banglo Berkunci

Congkak

Flat 3a

Highland Towers

Jangan Pandang Belakang Feature

Jangan Pandang Belakang Congkak 2

Jangan Pandang Belakang Congkak

Mistik

Paku Pontianak

Pengantin Malam