Bekas Kekasih Mahalini Suka Panggil Gemuk, Tunjal Kepala Biarpun Hubungan Sudah Berakhir

SEBELUM menjalinkan hubungan cinta dan bertunang dengan penyanyi Rizky Febian, Mahalini mendedahkan dia pernah terlibat dengan percintaan toksik.

Penyanyi lagu Sial itu mendedahkan pernah dicurangi sebanyak empat kali oleh bekas kekasihnya.

Selain itu, Mahalini berkata, lelaki itu juga menendang dan menunjal kepalanya biarpun ketika itu hubungan mereka sudah berakhir.

“Dulu aku pernah bercinta dengan seorang lelaki dan dicurangi empat kali. Aku ditendang dan ditunjal-tunjal.

“Masa itu sudah putus tapi dia masih kejar-kejar aku. Dia suka panggil aku gemuk,” ujarnya.

Mahalini sudah bertunang dengan penyanyi Rizky Febian pada 8 Mei lalu selepas setahun bercinta.

Sumber gambar – Jatim Network| Sumber laporan – Kosmo! Online