NAMA Baby Shima meledak lagi apabila didakwa berpakaian kurang sopan dan beraksi keterlaluan ketika mengadakan persembahan pada sebuah festival muzik baru-baru ini.
Namun, penyanyi dangdut sensasi itu pantas membidas kenyataan tersebut dengan mendakwa pemilihan persalinannya biasa-biasa sahaja.
Rata-rata penonton dikatakan terhibur menyaksikan persembahan termasuk ketika bergelek yang disifatkan rutin biasa di pentas.
Penyanyi itu mengajak mereka yang galak mengecam supaya datang tengok dulu persembahannya bagi memastikan sama ada dia bergelek biasa atau melampau.
Dia juga menegaskan, tiada niat mencabar mana-mana pihak, tetapi cuma menjalankan tanggungjawab menghiburkan khalayak.
Sumber: Kosmo