Warga emas maut terkena renjatan elektrik- Banjir Kelantan

Seorang warga emas maut terkena renjatan elektrik di Kampung Tasek Permai, Kelantan semalam.

Kejadian yang berlaku difahamkan jam 12.45 tengah hari, mangsa yang bernama Zulkifli Yacob, 51, bertindak mahu mengambil buah nona kira-kira 10 meter dari rumahnya itu.

Sementara itu, Anaknya, Mohd Zunaidi, 27, berkata, dia mendapat laporan mengenai kematian bapanya itu dari saudaranya yang membuat panggilan.

“Ketika kejadian saya tidak ada di rumah sebelum bergegas pulang dan terpaksa meredah banjir sedalam satu meter.

“Lepas sahaja saya sampai rumah, orang kampung beritahu ayah sudah tidak bernyawa dan menghubungi bomba serta polis bawa keluar mayat (dari lokasi kejadian),” katanya.

Tambah Zunaidi, berkata, Jenazah arwah ayahnya terpaksa diusung sejauh satu kilometer dengan keadaan banjir oleh anggota bomba dan polis sebelum menaiki jentera berat milik Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART).

Jenazah mangsa dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga untuk pengebumian.

Menurut laporan Awani, Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tok Deh, kerana tempat pengebumian terdekat sudah ditenggelami banjir.

Bagaimanapun, Kami dari The News berpesan agar jaga keselamatan diri dan keluarga tersayang sepanjang tempoh banjir berlaku. Elakkan diri dari terdedah dengan banjir walau di mana anda berada.