Wanita Tunggang Motosikal Jatuh Berguling, Cedera Diragut

Seorang wanita terjatuh dan cedera selepas diragut ketika menunggang motosikal dalam perjalanan ke tempat kerja dalam kejadian pada Isnin.

Polis Klang Selatan mengesahkan kejadian tersebut yang berlaku di jalan raya di Persiaran Raja Muda Musa berhadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Zarina, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata pihaknya menerima laporan daripada mangsa, seorang warga tempatan berusia 20 tahun pada jam 4.34 petang hari sama.

“Siasatan mendapati, kejadian jam 8.50 pagi ketika mangsa yang menunggang motosikal dalam perjalanan ke tempat kerja.

“Semasa melalui lokasi kejadian, tiba-tiba suspek yang menaiki sebuah motosikal datang dari arah belakang mendekati mangsa dan menarik beg yang disilang di badan mangsa.

“Akibat situasi itu, mangsa hilang Kawalan lalu terjatuh dari motosikal ke jalan serta cedera,” katanya dalam kenyataan.

Pihak polis juga sedang mengenal pasti suspek dan tangkapan akan dibuat dalam masa terdekat. Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Suspek sudah pun mendapat rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.