TUAH ADZMI WALAU PUN PKP TETAP KELUAR LAGU.

    Harapan penyanyi dan komposer muda TUAH ADZMI untuk melancarkan single terbaru bersama muzik video secara serentak hanya tinggal impian yang kecewa gara-gara covid 19 dan PKP.

    Setelah selesai merakamkan single ke 2 bersama FMC music Februari lalu. Pihak pengurusan bercadang untuk langsung menyiapkan muzik video pada bulan Mac agar dapat dilancarkan serentak di YouTube Fmc Music hari ini ( 09 April 2020)

    Namun takdir telah menetapkan sebaliknya. Single yang berjudul “KECEWA” ciptaan sepenuhnya oleh Tuah Adzmi atau pemilik nama Arumi Nafis Bin Mohd Adzmi ( 22 Tahun) hanya dapat dilancarkan di YouTube dalam bentuk lirik video sahaja.

    Namun Tuah tidak menyalahkan situasi dan masih bersyukur kerana pasti ada hikmah yang besar buat single terbaru ini.

    Apa yang dirasakan kini oleh penyanyi kelahiran Kuala Lumpur ini hanyalah perasaan berdebar dan risau adakah single berjudul KECEWA ini dapat di terima dan menandingi single popular beliau INSAN KAU CINTA yang telah berjaya mencatatkan 6.8 juta penonton di YouTube sekaligus membuat nama TUAH ADZMI semakin dikenali.

    Masih mengekalkan genre muzik balada, tuah telah mengekspresikan segala rasa di dalam lagu ini bagi memastikan single kali ini lebih mempunyai “soul” dan dapat melekap dihati pendengar.

    “Sebagai penyanyi dan pencipta lagu ini, Pastinya saya meletakkan harapan yang luar biasa. Kerana ini merupakan cabaran besar bagi pencipta muda seperti saya. Adakah lagu ciptaan saya diterima? dan dimana arah tuju dan kedudukan saya dalam industri hiburan di masa akan
    datang”

    Single pertama bersama FMC – Insan Kau Cinta juga merupakan ciptaan Tuah sepenuhnya. Sebelum menyertai FMC Music, Tuah Adzmi pernah viral dengan lagu ciptaanya Air Mata Rindu yang mendapat 9.8 juta tontonan di YouTube sekitar tahun 2018. Beliau mula mencipta lagu sendiri sedari umur 16 tahun dan berjinak sebagai Youtuber semenjak usia 15 tahun.

    Bercakap tentang PKP. Tuah berharap agar semua peminat dan masyarakat Malaysia mematuhi dan jangan ingkar arahan. Kerana keingkaran kita akan membuat tempoh PKP ini jadi lebih panjang.