Tokoh Ulama Kelantan Merangkap Adik Tok Guru Nik Aziz, Meninggal Dunia

Tokoh ulama Kelantan yang juga merupakan adik kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu Nik Razi Nik Mat meninggal dunia, pada Isnin.

Menurut Sinar Harian, allahyarham meninggal dunia selepas diuji sakit dan terlantar hampir empat bulan.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menerusi Facebook rasminya berkata, kerajaan negeri menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Nik Razi.

“Almarhum yang juga adinda kepada Almarhum Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi sumbangan yang begitu besar khususnya dalam bidang dakwah dan pendidikan kepada masyarakat.

“Semoga ALLAH SWT membalas segala jasa yang dicurahkan, mengampunkan dan merahmatinya di sisi para solihin,” katanya.

Sumber gambar – Info Rakyat | Sumber laporan – Sinar Harian