Tiga Kereta Musnah Terbakar Di Bukit Lanjan

Foto : Kosmo

KUALA LUMPUR – Sebanyak tiga buah kereta musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Jalan Bukit Lanjan, Kampung Sungai Penchala, di sini, semalam.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur berkata kejadian tersebut berlaku pada pukul 11.17 pagi.

Tambah kenyataan itu, sebanyak enam anggota dan sebuah jentera keluaran Balai Bomba Penyelamat ( BBP) Taman Tun Dr Ismail dikerahkan ke lokasi kejadian bagi operasi memadam kebakaran dan menyelamat.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian pada pukul 11.29 pagi mendapati kebakaran melibatkan tiga buah kereta. Sebuah kereta jenis Peugeot dan dua buah kereta jenis Perodua Myvi musnah 100 peratus akibat kebakaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, kebakaran padam sepenuhnya pada pukul 11.55 pagi dan mendapati tiada mangsa yang terlibat serta punca kebakaran masih dalam siasatan.

Sumber : Kosmo