Tempoh PKP ditambah 2 minggu lagi

Dalam mengekang penularan wabak COVID-19 Perdana Menteri hari ini membuat pengumuman untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga 14 April ini.

kata Tan Sri Muhyiddin Yassin, keputusan ini juga diambil melalui situasi semasa susulan kes positif COVID-19 masih berlaku,

Tambahnya keputusan perlanjutan itu dimaklumkan lebih awal bagi memberi ruang kepada rakyat untuk membuat persediaan awal.

“Saya diberikan taklimat oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara, pola semasa menunjukkan kes positif COVID-19 yang baharu masih berlaku.

“Pola ini dijangka akan berterusan untuk beberapa ketika sebelum kes-kes baharu mula menurun. Ini menuntut kerajaan untuk meneruskan PKP bagi satu tempoh yang lebih lama,” katanya dalam perutusan khas, hari ini.

Muhyiddin berkata, tempoh lanjutan kuat kuasa PKP akan dikaji dari semasa ke semasa.

Perdana Menteri berkata, sebarang keperluan untuk melanjutkan tempoh PKP itu, yang setakat ini dijadual berakhir pada 14 April akan diumumkan kemudian.

“Yang penting, saya mohon supaya saudara saudari sentiasa bersedia untuk duduk lebih lama di rumah.

“Saya juga mengarahkan semua kementerian untuk membuat persiapan yang rapi bagi mengurus keperluan asas anda sepanjang tempoh PKP berkuat kuasa.

“Paling penting, semua keperluan asas mestilah sentiasa tersedia dan mencukupi, termasuk bekalan makanan, elektrik serta air.

“Perkhidmatan kutipan sampah dan pembetungan, kemudahan komunikasi serta logistik, keselamatan dan ketenteraman awam juga termasuk dalam aspek ini,” katanya.