Stoking Kalimah ALLAH, Syarikat Pengedar Naik Kain Rentang Mohon Maaf

 

Syarikat pembekal KK Mart memohon maaf sekali lagi kerana mengedarkan stoking bertulis kalimah Allah kepada kedai serbaguna itu.

Xin Jian Chang Sdn Bhd menaikkan kain rentang di pagar kilang mereka di Batu Pahat, Johor

“Kami dengan ikhlas memohon maaf atas kejadian berkaitan sarung kaki yang memaparkan perkataan sensitif yang tidak disengajakan,” tulis mereka

Pada kain rentang berkenaan juga pihak kilang berjanji akan memastikan sensitiviti masyarakat berbilang agama terjaga, keharmonian terpelihara selain meningkatkan usaha bagi kawalan kualiti.

Kilang yang terlibat dengan pengedaran stoking itu juga didapati tidak beroperasi pada Rabu.

Dalam pada itu pada Selasa, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim murka serta menzahirkan perasaan dukacita berhubung isu berkenaan.

Seri Paduka Baginda mahu tindakan sekeras-kerasnya diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah dalam isu ini berdasarkan siasatan pihak berkuasa.

Sumber : Sinar Harian, Malaysia Kini