Array

PKP buka peluang Fadh Majid lancar single Bukan Takdirku di Instagram dan Bigo

 

Sedia maklum dengan keadaan negara kini yang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pasti pelbagai pihak merasai kesukaran tersendiri. Namun itu tidak bermakna kita perlu menafikan saranan kerajaan ini memandangkan ini adalah langkah terbaik untuk memutuskan rantaian wabak koronavirus (COVID-19).

Tidak sekadar mahu berdiam diri dalam tempoh ini penyanyi baharu Fadh Majid, memilih cara berbeza melancarkan single perdananya, Bukan Takdirku.

Menggunakan platform media sosial, Instagram (IG) dan Bigo ternyata ini adalah cara terbaik dalam memastikan karyanua dapat dinikmati peminat di luar sana.

Menjenamakan Segmen itu sebagai Borak Santai Bersama Fadh Majid, program itu diadakan pada 27 Mac (Jumaat) lalu, turut berjalan secara serentak di IG dan Bigo Live selama 1 jam bermula dari 8.30 hingga 9.30 malam.

Sementara itu, Tidak hanya menjawab pelbagai soalan yang diajukan oleh pengikutnya, Fadh juga sempat berinteraksi secara langsung bersama guru vokal, Cikgu Shafie yang mengajarkannya teknik nyanyian dan penyanyi terkenal, Shiha Zikir; termasuk rakan media dari unit hiburan.

Tidak dinafikan ada pihak yang melihat pelancaran lagu Fahd ini juga seperti tidak menghormati keadaan negara yang sedang berdepan dengan Covid-19. Namun menjawab persoalan itu jelasnya ini adalah sebahagian kerja yang perlu dilunaskan demi kerjayanya, namun itu bukan bermakna dia membelakangkan perintah yang dikeluarkan kerajaan ketika ini.

“Meskipun dalam keadaan penularan wabak COVID-19 dan PKP, ada sesetengah kerja perlu kita laksanakan. Seperti pelancaran hari ini, tarikh yang dipilih sebenarnya sudah lama dirancang.

“Atas dasar kepekaan dan keprihatian, malah demi kebaikan bersama, saya dan Todak Music mengambil inisiatif untuk menjadikan platform digital seperti Instagram dan Bigo sebagai landasan utama bagi pelancaran dan promosi single ‘Bukan Takdirku’ sepanjang kita dalam penjarakkam sosial dan mengharungi krisis wabak Covid19”

“Memandangkan ini saja cara terbaik buat masa sekarang bagi memperkenal dan mempromosikan single saya.

“InsyaAllah apabila keadaan sudah reda nanti, pastinya akan ada sebuah majlis dilakukan,” kata penyanyi dilahirkan dengan nama Muhammad Fadhlullah Abdul Majid, 26.

Dalam kekalutan COVID-19 dan fokus utama masyarakat untuk sama-sama memerangi wabak ini, adakah dia tidak bimbing jika single pertamanya itu gagal mendapat perhatian umum, Fadh juga menerima apa juga ketentuan Allah SWT dengan hati yang terbuka.

“Sebagai hambaNya saya sudah berikhtiar, terserah kepada Allah SWT untuk menentukan perjalanan lagu ini. Mungkin berjaya atau sebaliknya, mudah-mudahan nasib berpihak kepada saya kerana saya yakin lagu ini mampu pergi jauh,” katanya.

Bercerita lanjut mengenai single Bukan Takdirku, ia adalah hasil nukilan Fadh sepenuhnya.

Lagu ini mengisahkan cinta yang terputus di tengah jalan dan bagaimana setiap daripada kita harus meredai sesuatu perpisahan yang terjadi.

“Biasanya bila bercakap mengenai lagu putus cinta, ia diekspresikan dengan rasa benci, kesal, menyalahkan pasangan, dendam dan emosi yang bercampur-baur. Jarang lirik lagu putus cinta mengangkat konteks perpisahan itu sebagai takdir Allah SWT yang harus kita terima dengan hati yang terbuka.

“Ayah saya selalu berpesan, jangan terlalu terbawa-bawa dengan perasaan amarah apabila kita kecundang dalam percintaan dan jangan sesekali berdendam. Redakan pemergian insan yang kita kasihi kerana mungkin Allah SWT menjanjikan sesuatu yang lebih baik dalam kehidupan kita yang seterusnya,” kata pemuda berasal dari Melaka ini.

Memiliki variasi vokal versatil dan dominan pada nyanyian bernuansakan R&B, Fadh juga berkebolehan menyampaikan lagu beritma irama tradisional.

“InsyaAllah kalau kehadiran saya diterima baik, dapatlah saya menonjolkan kebolehan nyanyian pada umum. Bahkan sangat berbangga jika diberi peluang merakamkan lagu irama Malaysia suatu hari nanti,” katanya mengakhiri perbualan.

Most Popular

Binatang! Lelaki guna umpan gula-gula sebelum rogol budak lapan tahun

SEORANG lelaki disyaki merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun selepas mengumpan mangsa dengan gula-gula, berhampiran Jalan Tuaran Bypass, Kota Kinabalu, Sabah...

Polis Indonesia dikecam kerana tempatkan pondan instafamous di penjara lelaki

KUMPULAN hak asasi di Indonesia menyelar tindakan polis menempatkan seorang transgender wanita di dalam sebuah penjara lelaki, lapor Harian Metro.

Netizen terpesona kejelitaan nenek umur 53 tahun persis gadis remaja – “Ini manusia atau pontianak?”

SEORANG wanita berusia 53 tahun menjadi tumpuan netizen di Indonesia kerana memiliki wajah awet muda persis anak gadis berumur belasan tahun, lapor...

Didakwa mahu ubati kemurungan ikut kaedah rawatan Islam, pendakwah selebriti direman bantu siasatan kes noda wanita

SEORANG pendakwah selebriti direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes menoda seorang wanita di sebuah rumah di Seksyen 7...