“Pingat gangsa bermaruah buat Malaysia, Tahniah”!

Atlet sukan berhalangan negara, Saddam Pittli berjaya meraih pingat gangsa di Sukan SEA 30 2019 di Filipina, hari ini.

Walaupun pingat gangsa tetapi semangat dan sambutan dari rakyat Malaysia amat bermakasa untuk beliau teruskan kejayaan beliau sebagai seorang atlet negara. 

Sementara itu, difahamkan bagi pingat emas dan perak telah dirangkul oleh pasukan Filipina iaitu tuan rumah.

Kemudian, Saddam berjaya mencatakan masa dengan  28:02.00 di dalam acara Obstacle 5k x 20 individu lelaki yang mewakili Malaysia.

Terdahulu, Pada 3 Ogos, Beliau pernah menjuarai perlumbaan Siri Asia Tenggara setelah menundukkan peserta daripada 25 buah negara lain dalam acara yang berlangsung di Bukit Timah, Singapura.

Dalam perlumbaan itu, Saddam berjaya menamatkan perlumbaan dalam masa 1 jam 3 minit dengan jarak 13 kilometer melepasi 35 halangan berbeza.