Petrol bakal naik 1sen setiap minggu, netizen tidak puas hati

KUALA LUMPUR, 29 Jun -- Harga Runcit Petrol RON95 dan RON97 turun sebanyak 2 sen manakala harga runcit Diesel turun 4 sen ke RM1.84 seliter ketika tinjauan fotobernama hari ini. Harga baharu RON95 ialah RM1.89 manakala RON97 berada pada kadar RM2.15 seliter. --fotoBERNAMA (2017) HAK CIPTA TERPELIHARA

Harga petrol RON95 akan dinaikkan satu atau dua sen setiap minggu sebaik sahaja Program Subsidi Petrol (PSP) dilaksanakan bermula awal tahun hadapan.

Namun, Harga bahan bakar itu akan dinaikkan secara berperingkat sehingga mencapai harga semasa pasaran.

Lantas berita yang digemparkan ini telah mendapat pelbagai reaksi dan sindiran dari netizen di laman Facebook. 

“Takkan naik sahaja? Turun takde ke? Bagi lah siapa-siapa pun pegang negara ini kalau dapat jawatan semua kelaut. Dasar sampah kau orang ini semua… Barisan Nasional (BN) sudah Pakatan Harapan (PH) pun sudah. Lepas ini kita bagi Parti Islam Se-Malaysia (PAS) pula.

“Buatlah apa yang korang nak yang penting rakyat dah benci dengan kerajaan sekarang.

“Menteri PH hidup mewah dan rakyat Malaysia hidup dengan miskin,” antara kata-kata netizen yang dilemparkan di laman Facebook.

Rata-rata mereka meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kenaikan petrol yang digemparkan semalam.

Namun, menurut laporan Berita Harian, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Chong Chieng Jen, menjelaskan apungan harga RON95 itu dibuat supaya kenaikannya tidak membebankan pengguna.

“Keputusan mengapungkan harga petrol adalah bagi meringankan kos hidup rakyat dan untuk mengelak harga barangan tidak naik mendadak apabila program subsidi dilaksanakan.

“Kita akan apungkan harga petrol secara berperingkat sebanyak satu sen seminggu sehingga harga (RON95) mencapai harga pasaran,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, semalam.