Pesawat Ringan Terjunam dan Terbenam Dalam Tanah, Dua Mangsa Dipercayai Terkorban

 

Dua orang penumpang termasuk seorang juruterbang pesawat ringan yang terhempas di Kampar, Kampung Tok Muda, Klang pada Selasa dipercayai terkorban.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

Menurutnya, usaha untuk mengeluarkan dua mangsa seorang juruterbang berusia 30-an dan seorang penumpang berusia awal 40-an sedang giat dilakukan.

Kedua-dua mangsa berada di dalam kokpit pesawat yang terbenam 2 meter.

“Kapal terbang itu telah terjunam dan telah terbenam lebih 2 meter dalam tanah,” jelasnya lagi.

Kedua-dua mangsa akan dibawa ke Tengku Ampuan Rahimah Hospital, Klang untuk proses bedah siasat.

 

Sumber : Awani