Operasi mengesan baki cebisan mayat diteruskan hari ini

Foto: Sinar Harian

SHAH ALAM, 18 Ogos- Operasi mengesan kemungkinan baki cebisan mayat mangsa nahas pesawat yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina di sini semalam disambung pagi ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata operasi bermula pukul 9.00 pagi ini menumpukan kepada proses ‘sweeping’ di lokasi kejadian.

Dalam kejadian nahas pesawat semalam, 10 lelaki disahkan maut.

Antara nama yang terdapat dalam senarai penumpang ialah Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang Datuk Seri Johari Harun.

Lapan daripada yang maut terdiri daripada enam penumpang dan dua kru pesawat ringan itu, manakala dua lagi merupakan orang awam masing-masing penunggang motosikal dan pemandu kereta yang lalu di tempat kejadian.

Ketika kejadian pesawat malang itu dalam penerbangan dari Langkawi ke Subang.