Netizen kecewa Nik Ezanee ditukar jadi juruiring PM

PERTUKARAN Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Nik Ezanee Mohd Faisal kepada jawatan Juruiring (ADC) kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ternyata mencetuskan perasaan tidak puas hati dalam kalangan masyarakat.

Sebagahagian besar masyarakat mempersoalkan pertukaran tersebut yang disifatkan tidak setanding dengan kemampuan pegawai kanan polis berkenaan.

Tidak cukup dengan itu, malah ada juga pihak yang menganggap keputusan itu sebagai ‘downgrade’ buat Nik Ezanee termasuk seakan ada pihak yang tidak berpuas hati dengan kelantangan beliau.

Netizen menganggap, Nik Ezanee merupakan pegawai polis yang amat disenangi masyarakat selain terkenal degan ketegasan beliau memerangi jenayah.

Sebelum ini, Astro AWANI menurut sumbernya mengesahkan pelantikan tersebut dan ia disusuli dengan pengesahan yang dibuat Ketua Polis Negara, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani.

Apa yang jelas, majoriti netizen di media sosial meletakkan harapan agar Nik Ezanee dikekalkan kembali ke tempat asalnya bersesuaian dengan kebolehan pegawai kanan polis berkenaan.

SAC Nik Ezanee, 43 tahun sebelum menyandang jawatan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor turut berkhidmat di Petaling Jaya sebagai Ketua Polis Daerah sebelum dinaikkan pangkat ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.