MyRailLife : Pas keretapi percuma untuk pelajar dan golongan OKU

KEMENTERIAN Pengangkutan (MOT) dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah melancarkan inisiatif pas perjalanan ‘MyRailLife’ tanpa had secara percuma kepada pelajar sekolah dan Orang Kurang Upaya (OKU)

“Inisiatif ini adalah meringankan beban perjalanan pengangkutan yang ditanggung oleh pelajar sekolah dan OKU.”, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke pada Buletin TV3.

“Pas tambang percuma ini boleh dinikmati semua warganegara Malaysia yang terdiri daripada pelajar sekolah berumur 7 tahun hingga 19 tahun dan golongan OKU. Pas percuma itu boleh digunakan bagi perkhidmatan KTM Komuter sektor Lembah Klang, Utara dan Perkhidmatan Shuttle Timuran.”, katanya lagi.

“Bagi KTM Komuter sektor Lembah Klang, ia terdiri daripada laluan Pulau Sebang-Batu Caves-Pulau Sebang dan laluan Pelabuhan Klang-Tanjung Malim-Pelabuhan Klang dan untuk KTM Komuter sektor utara pula, ia terdiri daripada laluan Padang Rengas-Butterworth-Padang Rengas dan laluan Butterworth-Padang Besar-Butterworth.

Sementara itu, bagi perkhidmatan tren KTM Shuttle Timuran adalah sektor laluan Gemas-Tumpat.”, jelas Anthony.

Pelajar sekolah dan OKU yang berminat untuk mendapatkan pas percuma ini boleh mula mendaftar melalui aplikasi KTM Mobile (KITS), laman sesawang KTMB atau di kaunter KTMB yang berhampiran.

Sumber gambar – Wikipedia & Freepik | Sumber laporan – Buletin TV3