Mayat pemandu lori terjunam dalam sungai ditemui

MAYAT pemandu lori warga emas yang hilang selepas lori dipandunya terjunam ke dalam Sungai Perai di sini, pada malam Selasa ditemui lemas.

K Palaniappan, 66, ditemui pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang kira-kira jam 11.20 pagi Rabu.

Menurut jurucakap jabatan itu, pencarian diperluaskan ke dalam lingkungan radius 1,000 meter dari tebing tempat lori mangsa terjunam sebelum mayatnya ditemui.

Tangkap layar semasa kejadian berlaku.

Dalam kejadian jam 7.10 malam Selasa, Palaniapan dikhuatiri lemas selepas lori yang dipandunya terjunam ke dalam sungai Perai.

Terdahulu, menerusi video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian, mangsa dilihat berjalan ke arah lori itu sebelum masuk ke tempat duduk pemandu. Tidak lama kemudian, kenderaan tersebut dilihat meluncur ke depan lalu terjunam ke dalam sungai.

Bagaimanapun kenderaan tersebut dilihat meluncur ke depan lalu terjunam ke dalam sungai.

Sumber: Awani