MAVCOM – Penalti RM2 Juta Di Kena kan ke Atas Air Asia Atas Kesalahan Kenakan ‘Hidden Charges’ Terhadap Penumpang

KUALA LUMPUR, 20 Jan — Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) mengenakan penalti kewangan ke atas AirAsia Bhd (AirAsia), AirAsia X Bhd (AirAsia X) dan anak syarikat Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd (MA Sepang),

Dalam satu kenyataan hari ini, ia berkata syarikat penerbangan itu telah melanggar kod perlindungan pengguna dan pengendali lapangan terbang tersebut pula gagal mematuhi piawaian kualiti perkhidmatan.

Penalti kewangan terhadap AirAsia dan AirAsia X, masing-masing berjumlah RM2 juta, disebabkan oleh caj berterusan kad kredit, kad debit dan fi pemprosesan perbankan dalam talian oleh syarikat penerbangan itu yang berasingan daripada tambang asas mereka, ia melanggar Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 (MACPC), ia berlaku dari 10 Ogos, 2019 hingga 11 Sept, 2019.

“Ini kali kedua AirAsia dan AirAsia X telah didapati tidak mematuhi keperluan ditetapkan oleh MACPC,” kata suruhanjaya itu.

Sementara itu, MA Sepang telah didenda RM856,875 kerana kegagalannya memenuhi sasaran MAVCOM seperti yang ditetapkan di bawah Kerangka Kerja Perkhidmatan Berkualiti Lapangan Terbang (QoS) pada suku kedua 2019.

MAVCOM berkata syarikat penerbangan itu dan MA Sepang telah dimaklumkan mengenai penalti kewangan masing-masing pada 16 Jan, 2020.

 

Sumber – Bernama

Most Popular

Misteri ketukan pintu di Sabak Bernam, angkara manusia atau hantu?

BUNYI ketukan pintu misteri yang berlaku di daerah ini sejak seminggu lalu, masih tidak menunjukkan tanda bakal berhenti apabila gangguan itu masih...

Nak tackle anak makcik? Pandai TikTok tak?

BUKAN paras rupa atau kerjaya stabil yang dijadikan ukuran, sebaliknya cuma pandai bermain TikTok sebagai antara syarat untuk menjadi calon menantu idaman.

Lebih 25 tahun hilang, lelaki jumpa semula wallet tercicir pada tahun 1995

SEORANG lelaki di Australia tidak menyangka dapat menemui kembali dompetnya yang hilang sejak lebih 25 tahun lalu, lapor Harian Metro.

Lori bawa produk Apple bernilai RM27 juta kena rompak!

PRODUK Apple bernilai kira-kira £5 juta (RM27 juta) telah dicuri dari sebuah lori dalam satu kejadian rompakan di Northamptonshire, United Kingdom.