“Malaysia akan mengkaji lebih dalam terhadap pengambilan pekerja Bangladesh tanpa libatkan kos” – Kula Segaran

Kredit-Bernama

Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran berkata, Malaysia sedang mengkaji perjanjian terhadap pengambilan pekerja asing dari Bangladesh tanpa melibatkan kos bagi mengelakkan sekatan perdagangan oleh Amerika Syarikat.

Hal ini berkait mengenai salah satu usaha kerajaan sekarang untuk menghentikan kegiatan buruh paksa.

Sementara itu, beliau turut berkata, perbincangan bersama kerajaan Bangladesh, kini dalam peringkat terakhir serupa dengan perjanjian kerajaan Nepal.

Perjanjian itu termasuk hal mengenai pengambilan, penggajian, dan penghantaran pulang, pekerja dari negara tersebut.

Beliau turut berkata, perjanjian tersebut melibatkan majikan yang perlu menanggung caj perkhidmatan pengambilan, tiket penerbangan dua hala, caj visa, pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan keselamatan, dan caj levi.

Katanya, perbincangan untuk menarik balik sekatan itu antara Malaysia dan Bangladesh telah berjalan sejak sekian lama, dan pasukan petugas Malaysia dijangka akan melawat Bangladesh bulan ini, bagi menyelesaikan isu tersebut secepat mungkin.

“Ada hanya beberapa perkara yang belum diselesaikan. Amat sedikit, daripada 10 hingga 12 perkara, (hanya) yang terakhir atau dua perkara yang perlu diselesaikan.

“Apabila ia diselesaikan, kita akan buka sektor ini. Kerajaan Malaysia bersedia untuk lakukannya (tarik balik sekatan),” katanya dipetik Awani.

Bagaimanapun, Kula Segaran berkata, kerajaan Bangladesh tidak berniat menghantar rakyatnya bekerja di Malaysia, namun sistem pengambilan pekerja yang lebih telus, dengan kadar kos lebih rendah dapat dimuktamadkan.