Lori yang membawa bijih besi terbakar di Lebuhraya PLUS.

 

Sebuah lori yang membawa muatan bijih besi terbakar di kilometer 188.5 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Utara. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa panggilan mengenai kejadian itu diterima sekitar pukul 2.05 petang tadi.

“Jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai tiba di lokasi kejadian sekitar pukul 2.38 petang, dan berjaya mengawal api kira-kira 10 minit kemudian,” katanya.

Tambah beliau, kebakaran itu melibatkan kemusnahan sekitar 70 peratus struktur lori dan tidak melibatkan mangsa. Ketua operasi telah melaksanakan size-up serta mengaplikasikan konsep RECEO.

Pemadaman kebakaran dilakukan dengan menggunakan dua aliran salur bantu mula air tangki jentera sehingga kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya. Operasi pemadaman kebakaran itu tamat sekitar pukul 4.14 petang.