Lelaki patah kaki tersepit tangga bergerak di Kompleks Pertama

Anggota bomba membantu lelaki yang kakinya tersepit pada tangga bergerak di Kompleks Pertama, Kuala Lumpur, 3 November 2019. — Foto ihsan Facebook/Ipoh Firefighters

KUALA LUMPUR, 3 Nov —

Seorang lelaki berusia 49 tahun patah kaki kanannya  apabila tersepit pada eskalator tingkat satu sebuah pusat membeli belah di sini, pagi ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa Mohd Zuhair Faisal Zulkifli dalam satu kenyataan hari ini berkata pihaknya menerima laporan pada 10 pagi dan seramai enam anggota digerakkan untuk operasi menyelamat.

Beliau berkata anggota bomba terpaksa membuka eskalator menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan kaki mangsa yang tersepit.

Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dengan ambulan,” katanya.

Sumber — Bernama