Kerajaan NS Nafi 141 Hektar Jadi Kubur Cina.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, berkata Kerajaan Negeri menafikan memberi persetujuan kepada sebuah syarikat pada Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Kedua Yang ke-14 di Seremban hari ini.

Difahamkan, beliau berkata kawasan seluas 141 hektar di Lembah Wawasan Malaysia 2.0 (MVV 2.0) sebagai tanah perkuburan Cina pada Persidangan Ketiga (Belanjawan) masih dalam peringkat perbincangan.

Kawasan itu tanah kuari yang terletak di kawasan tinggi dan tiada pihak yang berminat untuk usahakan. Jika memang tiada kemajuan lain, kita akan lihat apa keperluan sebenar di kawasan itu.”

Oleh itu kita akan pertimbangkan cadangan memajukan tanah itu sebagai tanah perkuburan Cina. Hanya pertimbangan, belum ada keputusan,” katanya.

Sementara itu, Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Datuk Seri Mohamad Hasan (BN-Rantau) pada Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Kedua Yang Ke-14 di sini, hari ini.

Terdahulu ketika sesi pertanyaan lisan, Mohamad mempersoal sebab Kerajaan Negeri membenarkan syarikat itu memajukan kawasan itu sebagai tanah perkuburan Cina.

Beliau turut berkata, kerajaan sepatutnya membuat pembangunan yang lebih baik kepada rakyat sekali gus mampu menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan seperti yang dibuat di Sendayan.

Justeru, katanya, Kerajaan perlu menimbang sebaik mungkin sebelum membuat sebarang keputusan bagi mengelak daripada Negeri ini menjadi negeri tanah perkuburan.

Mengulas lanjut, Aminuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Sikamat), berkata Kerajaan Negeri akan memberi tumpuan kepada isu itu dan akan menjalankan kajian terperinci, sebelum membuat keputusan.

Namun menurut laporan Berita Harian, Pembangunan MVV 2.0 membabitkan kawasan Seremban dan Port Dickson dan mampu menarik pelaburan sehingga RM294 bilion dalam tempoh 30 tahun.

Sumber : Berita Harian

Sumber Gambar : Instagram