Kediaman terbakar, tujuh keluarga tinggal sehelai sepinggang

Selangor – Tujuh keluarga di Taman Pandan Jaya, Ampang tinggal sehelai sepinggang apabila kediaman mereka hangus terbakar.

Kejadian membabitkan kawasan setinggan itu berlaku awal pagi tadi.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Hafisham Mohd Noor, kejadian berlaku kira-kira 4.30 pagi.

Kebakaran melibatkan tujuh pintu kediaman.

Luas kawasan terbakar ialah setengah ekar.

Api berjaya dikawal dalam tempoh setengah jam, punca dan nilai kerugian masih disiasat.