Kanak-kanak Lima Tahun Maut Tertusuk Besi Ampaian di Rumah

 

Kanak-kanak perempuan lima tahun maut selepas tertusuk besi ampaian pada leher ketika bermain di rumahnya di sebuah apartment yang terletak di Batu Caves pada Sabtu.

Mangsa dibawa ke Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan mendapati mangsa bermain dengan besi ampaian di ruang dalam rumah.

“Semasa bermain, mangsa tertusuk besi ampaian di bahagian leher.

“Mangsa telah dikejarkan ke klinik berhampiran sebelum dibawa ke HTA, tetapi disahkan meninggal dunia,” katanya pada Selasa.

Tambah Hussein, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sumber : Sinar Harian