Seorang ibu yang sebelum ini mengaku bersalah membancuh susu anak lelakinya berusia 16 bulan memggunakan cecair syabu menukar pengakuan kepada tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini.
Tertuduh wanita berusia 34 tahun itu menukar pengakuan tidak bersalah tersebut pada prosiding sebutan semula kes itu di hadapan Hakim Noor Ruzilawati Mohd. Nor yang mana sepatutnya hari ini adalah fakta kes dan jatuh hukum bagi tertuduh tersebut.
Sementara itu suaminya yang berusia 40 tahun kekal dengan pengakuan tidak bersalah selepas dibacakan semula pertuduhan terhadapnya.
Pasangan suami isteri itu didapati bersama-sama melakukan penganiayaan terhadap anak lelaki mereka dengan memberi minum susu bercampur dengan air yang mengandungi dadah jenis Methamphetamine (syabu) sehingga menyebabkan bayi itu mengalami “allegedsympathomimetic drug ingestion”.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah unit pangsapuri di Taman Medan di sini pukul 6 petang pada 19 Februari lalu.