Gol Faisal Halim Tersenarai Gol Terbaik Piala Asia 2023. Boleh Mula Undi!

Malaysia's forward #07 Faisal Halim celebrates scoring his team's first goal during the Qatar 2023 AFC Asian Cup Group E football match between South Korea and Malaysia at Al-Janoub Stadium in al-Wakrah, south of Doha, on January 25, 2024. (Photo by HECTOR RETAMAL / AFP)

Jaringan pemain sayap negara, Faisal Halim, tercalon untuk Anugerah Gol Terbaik Piala Asia 2023 dalam laman web rasmi Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) hari.

 

Pada perlawanan Piala Asia 2023 yang lalu, Faisal Halim memperdayakan pertahanan Bayern Munich, Kim Min-jae, sebelum melepaskan sepakan lencong dari sudut sukar ke gawang lawan untuk Malaysia mengikat Korea Selatan 1-1 dalam aksi peringkat kumpulan dengan perlawanan berkesudahan 3-3.

Faisal Halim disenarai pendek antara lapan terbaik. Pemenang anugerah berkenaan ditentukan melalui undian sehingga Ahad 25 Februari ini.

Peminat bola sepak boleh mengundi Faisal Halim melalui laman web rasmi AFC.

Sumber : AFC, Stadium Astro