Elews Mart Milik Ebit Lew Ditutup Secara Berperingkat

Kedai serbaneka milik pendakwah bebas, Ebit Lew ditutup secara berperingkat bermula 15 Januari lalu.

Perkara itu diumumkan dalam satu notis yang dikeluarkan oleh Elews Mart Sdn Bhd bertarikh 15 Januari 2024 kini tular di media sosial.

“Adalah dimaklumkan bahawa Elews Mart Sdn Bhd akan menutup semua cawangan Elews Mart secara berperingkat bermula 15 Januari 2024.

“Sehubungan itu, pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat sepanjang kerjasama dijalankan untuk memastikan operasi cawangan kami berjalan lancar,” katanya.

Menurut notis itu juga, segala hutang tertunggak akan diselesaikan selewat-lewatnya pada 30 Jun 2024.

“Diharapkan kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang, urusan penutupan dilakukan seperti yang sedia maklum,” jelasnya.

Sumber : Sinar Harian