Elak Motor Lawan Arus, Penunggang Ducati Maut Tercampak Dari Lebuhraya SUKE

PENUNGGANG ‘superbike’ jenis Ducati maut akibat terjatuh dari jejambat Lebuhraya Sungai Besi Ulu Kelang (SUKE) berhampiran Ulu Kelang, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 1.05 tengah hari itu, mangsa dari arah Ampang dalam perjalanan memasuki susur keluar Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) Ulu Kelang.

Mangsa yang parah dipercayai maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat selepas hasil siasatan awal diperoleh daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Daerah Ampang Jaya.

Terdahulu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 12 saat memaparkan motosikal melawan arus tular di media sosial.

Sejurus selepas itu, motosikal berkuasa tinggi dilihat hilang kawalan sebelum melanggar penghadang jalan dan terpelanting ke bawah.

Sumber gambar – mStar | Sumber laporan – Harian Metro