Curi tabung masjid, pelaku dimandikan seperti jenazah

ADA kalanya hukuman tidak kena dengan cara apabila tindakan Ahi Jawatankuasa sebuah masjid bertindak memandikan si pelaku seperti jenazah.

Tular baru-baru ini mengenai kisah seorang pemuda yang berjaya ditangkap setelah melakukan perbuatan itu di lokasi yang masih belum dikenal pasti.

Bukan sahaja mengundang perspektif negatif terhadap masyarakat, namun insiden itu turut mendapat perhatian pendakwah bebas PU Syed.

“Isu curi tabung Masjid satu hal, bila ditangkap, dimandikan ditempat mandi jenazah, dirakam serta diviralkan, ianya bakal mengundang satu hal yang lain, marah mmg kita marah, tapi risau walhasil dari kemarahan tersebut nampak macam Islam membenarkan berbuat zalim walaupun dengan niat untuk menyedarkan sang pencuri, takut banyak benda yang akan tidak beres nanti di zaman canggih manggih ni,” katanya menerusi hantarannya di Facebook.

Perbuatan itu secara amnya sudah jelas merupakan satu kesalahan namun ia memerlukan cara yang lebih relevan berbanding merakam hukuman yang dikenakan terhadap pelaku dan menjadikan ia tular.

Sebahagian besar netizen turut bersetuju dengan pandangan yang dikemukakan pendakwah bebas tersebut dimana tindakan pihak AJK Majid dianggap keterlaluan.

Dalam konteks yang berbeza, masyarakat juga perlu sedar perbuatan mencuri tabung masjid itu merupakan satu perbuatan yang dilarang apatah lagi ia melibatkan rumah ibadat.

Video tular tersebut memaparkan sekumpulan AJK Masjid yang kelihatan bertindak agak keterlaluan apabila si pelaku dilayan seperti jenazah termasuk dengan tujuan untuk menularkan perkara itu