Binaan konkrit ‘flyover’ ranapkan bumbung kereta, pemandu wanita terselamat

SEORANG pemandu wanita mengalami kecederaan apabila sebuah binaan konkrit menghempap kereta dipandunya.

Kejadian berlaku berhampiran Terminal Bersepadu Selatan, Bandar Tasek Selatan kira-kira jam 5.45 petang Sabtu.

Binaan konkrit yang jatuh menghempap kereta mangsa.

Melalui beberapa gambar dan video perkongsian pengguna Facebook Eypul Nizam, kereta yang dipandu wanita berbangsa Melayu tersebut musnah hampir keseluruhan bahagian atas bumbung.

Mangsa bagaimanapun dilaporkan selamat.

Laporan lanjut menyusul.