Datuk kepada Allahyarham kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin meluahkan perasaan rindu pada cucunya itu melalui satu hantaran di Facebook.
Zahari Mohd Reba berkongsi kenangan indah bersama anak cucu sulungnya yang sentiasa menghiburkan dirinya dan seluruh keluarga.
“Sayang Atok ni”
“Apa istimewa mu Zayn, semua orang suka sama awak,” tulisnya.
Menurut Zahari, Zayn akan ke rumahnya setiap hujung minggu.
“Setiap hujung minggu akan ke rumah kami, masuk pintu rumah akan cari Tok Ayahnya dulu & cium Tok Ayah
“Tok Ayah tak boleh tengok raut wajah mu, setiap kali merenung gambar wajah mu, air mata berderai jatuh ke lantai,” luah Zahari dalam hantaran tersebut.
Zahari redha dengan ketentuan yang kini cucunya telah tiada dan semuanya adalah ketentuan Allah swt.
“Tok Ayah redha apa yang telah berlaku, ni adalah qada dan qadar Tuhan, Allah S.W.T lebih menyayangi mu Zayn.
“Tok Ayah, Wan Mi, Pok Ngoh, Pok Teh & Pok Su sayang sama kamu,” kongsikan.
Proses siasatan masih dijalankan dan setakat ini polis sudah mengesan terdapat pergerakan menerusi satu ‘dashcam’ kereta milik penduduk di situ.
Bagaimana pun, pihak polis masih menyiasat sama ada ia adalah individu atau pun objek lain.