Apa agaknya diumum petang ni?

SATU sidang media dijangka akan berlangsung petang ini melibatkan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Isamil Sabri Yaakob Bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Sidang media yang bakal berlangsung pada jam 5 petang berkemungkinan akan memperincikan berhubung prosedur operasi standard (SOP) dan sekatan lebih ketat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang sedang berkuat kuasa.

Ketika ini, negara sedang berdepan lonjakan kes COVID-19 yang kini hampir setiap hari merekodkan jumlah melebihi 6000 kes.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat menerusi satu kenyataannya berkata, Mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN): Pengurusan COVID-19 petang semalam bersetuju untuk mengetatkan lagi pelaksanaan PKP3.0.

Ini termasuk SOP yang lebih ketat terhadap sektor ekonomi serta sosial.

Menurut agensi berita BERNAMA menerusi media sosialnya memaklumkan, sidang media tersebut akan bersiaran secara langsung melalui Astro 502, myFreeview 121, unifi TV 631, LIVE FB dan Youtube Bernama TV.