“Ada Saya Sebut Saya Orang Susah?” – Derrick Gan Jawab Komen Negatif Netizen

Rakyat Malaysia, Derrick Gan yang tular gambar dan perjalanannya hingga terpaksa menjual motor untuk menonton perlawanan Malaysia di pentas Piala Asia 2023, Qatar nampaknya masih belum berakhir.

Sejurus pulang ke tanah air, Derrick Gan dihadiahkan motorsikal dari pelbagai pihak yang menghargai pengorbanannya untuk melihat Harimau Malaya beraksi di perlawanan tertinggi pada peringkat Asia.

Bagaimanapun, terdapat segelintir pihak yang mempersoalkan hadiah yang diterima Derrick dan mempertikaikan adakah Derrick benar-benar orang susah?

Derrick dalam satu kenyataan di Facebook terpanggil untuk menjawab persoalan dan kritikan netizen yang dilemparkan kepadanya.

“Ada saya pernah cakap saya orang susah?
“Ada saya minta jurukamera untuk ambil gambar saya?
“Ada saya minta motosikal?,” luahnya. 
Tegas Derrick lagi, orang ramai boleh mengatakan apa sahaja yang mereka mahukan tetapi jangan sesekali katakan apa yang tidak keluar dari mulutnya.
“Katakan apa sahaja yang anda mahu, tetapi jangan memandai-mandai cakap apa yang tak keluar daripada mulut saya, perkara yang tidak keluar dari mulut saya semua adalah konspirasi, saya tidak mengatakan apa yang saya tidak katakan,” ujarnya lagi.

Menurutnya lagi, kredit harus diberikan kepada seluruh rakyat Malaysia yang berada stadium ketika itu terutama Ultras Malaya.
Sumber : Facebook Derrick Gan