“Ada darah BABI”- Betulkah Ah Cheng Laksa Tak Halal? Ini Jawapan JAKIM, Rupa-rupanya…

Sumber ; Facebook

Sejak dua menjak ni kecoh apabila ramai mula mempersoalkan status halal premis makanan Ah Cheng Laksa.

Betul ke laksa Ah Cheng mengandungi darah babi?

Disebabkan komen yang viral baru-baru ni, makan Bahagian Hab Halal Jakim, tampil menjawab isu tersebut supaya ia tidak difahami dengan lebih jelas.

Untuk makluman, premis makanan Ah Cheng Laksa masih belum menjadi pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia. Walau bagaimanapun…

 

Sumber : Facebook Bahagian Hab Halal, JAKIM

Penjelasan Isu Status Halal Premis Makanan Ah Cheng Laksa

Media sosial halal Malaysia kini dihujani dengan pertanyaan awam berkenaan status halal premis makanan Ah Cheng Laksa. Ianya berpunca daripada tular yang mendakwa premis makanan tersebut menggunakan ramuan yang tidak halal dan tidak sesuai dikunjungi oleh pelanggan khususnya yang beragama Islam.

Untuk makluman, premis makanan Ah Cheng Laksa masih belum menjadi pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia. Walau bagaimanapun, _central kitchen_ bagi premis makanan berkenaan yang didaftar atas nama Ah Cheng Laksa Sdn Bhd di lokasi Taman Perindustrian USJ 1, Subang Jaya, Selangor telah dipersijilkan halal.

Pensijilan halal yang diperolehi oleh central kitchen tidak bermakna seluruh rangkaian outletnya telah dipersijilkan halal kerana bagi permohonan premis makanan berangkai, terdapat syarat-syarat khusus pensijilan halal yang perlu dipenuhi.

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

Justeru, JAKIM mengalu-alukan usaha murni pihak syarikat untuk memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia untuk seluruh rangkaian premisnya agar kekeliruan status halal dapat diatasi dengan berkesan.

Pihak kami menyarankan kepada para pengguna untuk mengutamakan produk atau premis makanan yang telah mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Premis atau produk makanan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia bukan sahaja dijamin halal malahan ianya toyyiban iaitu suci, bersih dan selamat serta mengikut garis panduan, standard, peraturan dan perundangan berkaitan halal yang telah ditetapkan di negara ini.

Pengguna juga dinasihatkan agar lebih berwaspada sebelum menyebarkan sesuatu tular berkaitan isu halal yang tidak diketahui status kebenarannya dengan merujuk pihak berautoriti agar tidak terjebak ke kancah fitnah dan salah faham sesama ummah yang akan menjejaskan keharmonian negara.

Hah sekarang lebih jelas kan? So jadilah pengguna yang bijak, tak pasti jangan kongsi!