4 pencari bunga orkid sesat di Hutan Simpan Redang Panjang ditemukan selamat

LARUT, 15 Jun  — Empat individu termasuk sepasang suami isteri yang sesat ketika mencari bunga orkid di Hutan Simpan Redang Panjang, Batu Kurau, ditemukan dalam keadaan selamat oleh pasukan mencari dan menyelamat tengah malam tadi.  

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak berkata pasangan suami isteri berusia 71 dan 42 tahun tersebut serta dua lagi wanita, masing-masing berumur 60 dan 47 tahun, ditemukan kira-kira lima kilometer dari Pusat Kawalan Operasi pada 12.35 tengah malam. 

“Kesemua mangsa dibawa keluar dari hutan itu dalam keadaan selamat dan tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat ditamatkan pada 2.45 pagi tadi.

Empat individu terbabit memasuki kawasan kebun kelapa sawit untuk mencari pokok bunga orkid di Batu 23, Redang Panjang pada petang semalam sebelum seorang daripada mereka menghubungi pihak bomba pada 7.14 malam melaporkan mereka sesat.

 

 

Credit : BERNAMA

Most Popular