Kereta Terjatuh Dari Tingkat Satu Parking Bangunan, Pemandu Wanita Cedera

 

Seorang wanita nyaris maut apabila kenderaan yang dipandunya merempuh tembok ruangan parking dekat sebuah bangunan di Jalan P Ramlee sebelum terjatuh.

Kereta  tersebut dipercayai terjatuh dari tingkat satu bangunan dan dalam keadaan terbalik serta bahagian bumbung remuk.

Mangsa perempuan yang berusia 28 tahun mengalami kecederaan di bahagian kepala dan lutut dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.

 

Komander operasi, Pegawai Bomba Kanan II Khairul Azha Rifin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan memaklumkan mengenai kejadian pada jam 1.05 petang.

Sehubungan itu katanya, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Tun Razak dibantu BBP Pudu bersama jentera digerakkan ke lokasi kejadian.

Sumber : Sinar Harian