Suami Heliza Helmi Tersenarai ‘Invester Alert List’ Suruhanjaya Sekuriti

Sebelum ini terdapat individu termasuk Fatiya Latiff yang mendakwa suami kepada Heliza Helmi, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman ‘scammer’.

Terbaru, Pengasas dan Presiden AUF MBZ, Datuk Seri Mahadi telah pun disenaraikan sebagai salah seorang Investor Alert List oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

 

Mahadi dipercayai terlibat dalam proses jual beli saham syarikat yang tidak disenaraikan di Bursa Saham. Terdapat dua syarikat yang Mahadi guna untuk jual saham Islamic Redeemable Preference Share (IRPS) iaitu Kankyo Energy dan QEW.

Selain itu, hasil semakan beberapa individu di media sosial juga mendapati gelaran Dato’ Seri yang digunakan juga tidak terdapat dalam sistem penerima darjah kebesaran bintang dan pingat.

Memetik laporan Sinar Harian, suami kepada penyanyi dan aktivis Datin Seri Heliza Helmi itu sedang berbincang dengan peguamnya dan akan memberi kenyataan berhubung isu ini dalam masa terdekat.