Surat Wasiat Ditinggal Bersama Bayi Ditepi Warong

Kes pembuangan bayi bukan sesuatu yang baru malah di Malaysia sendiri perkara ini sering berlaku dek kerana kurangnya kesedaran si pelaku.

Di negara jiran, Indonesia juga nampaknya perkara ini menjadi antara masalah sosial.

Ternyata penemuan bayi berusia tiga minggu yang ditinggalkan di sebuah kedai makan dengan surat wasiat yang menyayat hati membuatkan netizen di Negara itu cukup tersentuh.

Antara kandungan wasiat yang ditinggalkan bersama bayi itu adalah agar bayi itu dapat dijaga dengan baik memandangkan keadaaan ibu bapa bayi itu yang tidak mengizinkan.

Selain itu juga dalam surat itu turut menjelaskan nama bayi tersebut sebagai Grace.

Sementara itu bayi itu kini berada di bawah penjagaan pihak berkuasa Negara itu untuk memeriksa keadaan kesihatan sebelum diserahkan kepada badan yang bertanggungjawab.