Seram! Foto lembaga aneh dirakam selepas buat bunyi aneh

SEORANG lelaki nekad mengambil keputusan untuk berpindah keluar dari flatnya selepas mengambil gambar yang menyeramkan di bahagian dapur.

Hasil rakaman itu menunjukkan imej satu lembaga selepas dia terdengar bunyi aneh yang datang dari bahagian belakang rumahnya.

Imej misteri tersebut menjadi tular selepas ia dimuat naik di laman sosial Reddit.

“Selepas bunyi bising dan ketukan dari dapur, saya ambil gambar dan melihat perkara ini,” menurut keterangan gambar berkenaan.

Pada mulanya ratusan pengguna laman Reddit mengakui tidak melihat sebarang imej di dalam foto tersebut, sehingga mereka menelitinya secara dekat (zoom in).

Sebaik menyedari imej misteri yang dikatakan itu, mereka berpendapat bahawa foto tersebut begitu menyeramkan.

Namun begitu, ada juga netizen netizen yang menyifatkan foto tersebut telah disunting bagi menampakkan imej misteri.

Anda pula rasa bagaimana? Kejadian sebenar atau sekadar suntingan?

Sumber: mirror.co.uk