Pramugari tawar khidmat pelacuran dalam ‘flight’, syarikat penerbangan mulakan siasatan

SYARIKAT penerbangan British Airways menjalankan siasatan selepas timbul dakwaan ada pramugari mereka menawarkan khidmat pelacuran di dalam penerbangan.

Kru kabin yang tidak didedahkan identiti itu didakwa membuat promosi secara dalam talian.

Malah, dia turut menggunakan gambar tidak senonoh yang dirakam sewaktu berada dalam pesawat sambil memakai seragamnya.

Pramugari tersebut menggunakan laman Facebook untuk mengiklankan perkhidmatannya.

Khidmat itu ditawarkan menerusi Facebook dengan nama AirHostess71.

Siasatan awal mendapati dia merupakan kakitangan yang berpangkalan di Lapangan Terbang Heathrow, namun ia masih belum disahkan.

“Jika kamu mahu hiburan dewasa sewaktu berada dalam penerbangan, apa yang kamu perlu lakukan, beri saya wang.

“Kamu akan diberi layanan yang berbeza mengikut pilihan sendiri,” tulis kru kabin itu dalam posting mempromosi dirinya.

Brittish Airways kini giat menjalankan siasatan untuk mengenal pasti identiti kru kabin berkenaan.

Dalam pada itu, media sosial kru kbin itu juga sudah dipadam setelah kes ini mendapat liputan ramai.

Sumber: mstar, daily star