Pesawat Turki terbabas ketika mendarat di Ukraine

Pesawat TK467 tergelincir sewaktu mendarat menyebabkan kerosakan teruk pada gear pendaratan. -Foto Twitter Turkish Air News

KYIV: Sebuah pesawat Boeing 737 milik syarikat penerbangan Turkish Airlines terbabas ketika melakukan pendaratan pada Jumaat.

Ketika kejadian, pesawat TK467 dari Turki menuju ke Ukraine itu dilapor sedang melakukan pendaratan kali kedua susulan angin kencang.

Pesawat yang membawa 134 penumpang termasuk anak kapal itu akhirnya berjaya mendarat namun terbabas dari landasan.

Difahamkan pesawat berkenaan tergelincir sewaktu mendarat menyebabkan kerosakan teruk pada gear pendaratan.

Sumber : Twitter Turkish Air News

Semua penumpang dan kru berjaya dikeluarkan daripada pesawat sejurus mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Odesa, Ukraine.
Sumber : Twitter – Kokpit.aero

Just in: Evacuation of passengers from Turkish Airlines flight at Odessa after incident.

Thanks to odessa_info1! Sumber : Twitter – Turkish Air News

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku kepada penumpang dan anak kapal.

Susulan kejadian, operasi lapangan terbang ditutup buat sementara waktu hingga jam 6 petang waktu tempatan.

Sumber : Astro Awani & Twitter – Turkish Air News