Majlis Perkahwinan Bertemakan Pasar Sayur Gembirakan Para Jemputan

Satu rakaman video tular di media sosial Indonesia memaparkan sebuah majlis perkahwinan menjadikan sayur-sayuran sebagai cenderahati untuk dibawa pulang oleh tetamu.

Laman berita SindoNews melaporkan, video itu dikongsikan dalam akaun TikTok @kamaniya.organizer semalam.

Pasangan pengantin bernama Andini dan Tirta mengedarkan cenderahati berupa sayur-sayuran pada majlis perkahwinan mereka.

Pelbagai jenis sayuran segar disediakan termasuk sawi, terung, lobak merah dan kacang panjang.

Tetamu majlis itu dibenarkan membawa pulang seberapa banyak sayur yang mereka suka. 

Pengurusan majlis itu malah menyediakan beg plastik kepada tetamu undangan.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Si suami mesti memilih sayur sesuai pesanan isterinya,” komen seorang netizen.

“Ibu saya mesti seronok kalau pergi ke sana,” komen netizen lain. 

Sumber: Kosmo