Lelaki Curi 120 Set Produk Pemutih, Mahu Hadiahkan Kepada Teman Wanita

BANGKOK – Polis Thailand menahan seorang lelaki yang mencuri 120 pek produk pemutihan kulit dari sebuah kedai serbaneka di wilayah Surin untuk dihadiahkan kepada teman wanitanya, lapor laman berita Thaiger semalam.

Suspek  juga dikatakan mencuri minuman beralkohol dari sebuah pasar raya untuk mengadakan parti dengan rakan-rakannya.

Selepas ditangkap, suspek mengakui dia menyasarkan kedai serbaneka di mana dia telah mencuri 120 pek produk pemutih dengan nilai keseluruhan melebihi 10,000 baht (RM1,315).

Ia adalah sebagai hadiah untuk teman wanitanya selepas mereka menjalin hubungan cinta selama kira-kira lima bulan.

Dia kini menghadapi pertuduhan jenayah kerana mencuri dan jika sabit kesalahan, suspek berdepan hukuman penjara sehingga tiga tahun dan denda sehingga 60,000 baht (RM7,894).

Sumber: Kosmo